



(from left) Assoc Prof Hasnul, Wong and Penang State Art Gallery curator Haryany Mohamad showing the brochures on the month-long 1Malaysia Contemporary Art Tourism Festival
Ucapan YB Wong Hon Wai, Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Perancang Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian) di Exhibition MCAT di No57, Jalan Macalister pada 17 September 2011
-----------------------------------------------------------------------------------
1. YB Dato Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Mambong, Sarawak.
2. Profesor Madya Hasnul Jamal Saidon, Pengarah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia.
3. Puan Haryany binti Mohamad, Kurator Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang
4. Ahli-Ahli Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang,
5. Yang Dihormati Wakil-Wakil Agensi-Agensi Kerajaan,
6. Dif-Dif Kehormat, Tuan-Tuan & Puan-Puan yang saya hormati sekalian.
Salam Sejahtera kepada semua dan Salam Hari Malaysia,
1. Malaysia Contermporary Art Tourism 2011 (MCAT 2011) merupakan kerjasama antara Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Penang bersama Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF) dan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang.
2. Aktiviti ini disokong oleh 20 buah galeri seni yang terdapat disekitar Pulau Pinang antaranya Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP), Rozana’s Fine Art, Island Gallery , 3Quarters-Studio dan A2 Gallery.
3. Selaku Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri, Saya berbesar hati bahawa Bangunan No.57, Jalan Macalister dipilih sebagai lokasi acara sambutan dan akan berlangsung selama 3 hari mulai 16hb. hingga 18hb. September 2011.
4. Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah Art Race. Pengembaraan secara solo ke galeri-galeri seni yang mengambil bahagian dan mencari jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan serta mendapatkan cop galeri tersebut akan menguji pengetahuan para peserta berhubung dengan aktiviti kesenian di Pulau Pinang.
5. Salah satu hasil produk MCAT 2011 ialah satu peta tentang galeri-galeri seni lukis di Pulau Pinang. Galeri-galeri tersebut tertumpu di Bahagian Timur Laut, sekitar George Town Pulau Pinang. Kita juga lihat ada 2 buah galeri seni di Balik Pulau. Dan kita berharap peta ini dijadikan kompas di kalangan pelancong asing, pelancong tempatan malahan kepada orang awam sebagai satu panduan tentang peta kesenian di Pulau Pinang. Kita perlu mencari ikhtiar untuk mempromosikan artwork artist tempatan dan menggalakkan pelancong untuk membeli artwork tersebut. Ini salah satu cara untuk mempromosikan art tourism di Malaysia dan di Pulau Pinang.
6. Balai Seni Lukis Pulau Pinang merupakan Balai Seni Lukis Negeri yang paling aktif di Malaysia dengan 20 exhibition pada tahun ini sahaja dan di Pulau Pinang kita mempunyai kumpulan artist yang aktif.
7. Hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang ialah menjadikan negeri Pulau Pinang sebuah International City. Sebagai sebuah International city, Pulau Pinang perlu maju ke depan bukan sahaja daripada pencapaian ekonomi ataupun pelaburan asing. Ini hendaklah juga merangkumi pencapaian dari segi kebudayaan dan kesenian
8. .Jawaharlal Nehru, bekas Perdana Menteri India yang terkenal pernah berkata “Art galleries and museums in a great city are like windows which look out on the broader, richer and deeper things of life”. Melalui balai-balai seni lukis dan muzium-muzium yang terdapat di sesebuah bandaraya, orang ramai dapat menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan secara menyeluruh dan mendalam. Malahan, pelawat asing juga dapat memahami kehidupan sesebuah bandaraya melalui karya-karya dan koleksi dalam balai seni lukis dan muzium di bandaraya tersebut
9. Setelah George Town dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, usaha Kerajaan Negeri dari segi penonjolan kekuatan dari segi warisan, kebudayaan dan kesenian telah dirancakkan. Kerajaan Negeri telah menubuhkan George Town World Heritage Incorporated dan pelbagai inisiatif serta usaha telah dijalankan. Geore Town Festival juga telah dirayakan dengan meriahnya pada bulan Julai 2010 dan 2011. Lembaga Muzium dan balai Seni Lukis Pulau Pinang akan terus berusaha dengan semua pihak samada daripada pihak awam atau swasta untuk memainkan peranan aktif untuk menonjolkan kekuatan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
10. Saya juga mengalu-alukan kedatangan Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Y.B. Dato’ Dr. James Dawos Mamit ke Bagunan No.57, Jalan Macalister dan harap-harap kita dapat merancakkan aktiviti kesenian lagi di Pulau Pinang. Sekian Terima kasih.
As reported in The Star
Appreciating Penang through art
NINETY artists are currently showcasing their artwork at 20 galleries in Penang in conjunction with the 1Malaysia Contemporary Art Tourism (1MCAT) Festival.
Their art pieces are on display at the galleries until different dates later this month for the festival which is themed ‘In-Sight Penang’.
Muzium & Galeri Tuanku Fauziah director Assoc Prof Hasnul Jamal Saidon said the artwork included sculptures, photographs and mixed media pieces.
He said the festival provided the public the opportunity to view the works of these artists, some of whom are veterans.
“Penang is not only famous for good food, it is also a treasure trove of art as there are many good artists in the state,” Assoc Prof Hasnul said.
The 20 participating galleries are Galeri Seni Mutiara, Equator Academy of Art’s gallery, Penang State Art Gallery, Galeri Art Point (Sunny Point Complex), Shaparel Art Studio, Galeri Kampung Nelayan, 3Quarters Studio, Penang Malay Art Gallery, Alpha Utara Gallery, Island Gallery, WAF Fine Art Gallery, Studio @ Straits: Straits Collection, Alyssa Galeri, Rozana’s Fine Art, The Gallery @ KDU Centre of Design Excellence, A2 Gallery, Galeri Adiwarna (School of the Arts, USM), Galeri 27 (School of the Arts, USM), Muzium & Galeri Tuanku Fauziah and AWAS artworks/artspace.
Come join us:
A three-day carnival is currently being held at the Penang Museum branch at 57, Macalister Road as part of the festival.
The carnival, which ends tomorrow, features interactive public programmes such as talks, art workshops, art race and fun learning activities. It is held from 9am to 6pm. Admission is free.
Penang Town & Country Planning, Housing and Arts Committee chairman Wong Hon Wai said: “There are three free shuttle buses to ferry visitors from the museum branch to seven of the art galleries during the carnival.”
For more information about the 1MCAT programmes, call 04-2622093 (info centre), 2610 058/2634941 (office), infoline: 1-300-88-5050, Nurul Ashikin/ Nurhafizah at 6534789 or Adlan Redzuan at 6532137 (Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, USM).